Kaedah Pembentangan Berkesan
Program Keseluruhan
Lazimnya, memiliki kemahiran komunikasi yang efektif merupakan salah satu kompetensi yang wajib dimiliki oleh setiap pekerja. Hal ini sangat signifikan bagi memastikan kelancaran urusan kerja, baik antara pihak
atasan ataupun rakan sepejabat. Oleh yang demikian, program Kaedah Pembentangan Berkesan yang akan diadakan selama dua (2) hari bertujuan untuk memperbaiki mutu komunikasi peserta dalam menggunakan Bahasa Melayu standard sebagai wahana penyaluran informasi dan idea sesuai dengan konteks formal bagi mencapai kefahaman yang optimum. Justeru, dalam program ini para peserta akan diajarkan tentang konsep komunikasi yang efektif di tempat kerja secara retorik agar dapat menyampaikan maksud dengan yakin dalam pelbagaisituasi profesional. Di samping itu, beberapa latihan atau aktiviti akan diberikan bagi mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi lisan dan bukan lisan peserta selama program dijalankan.
Methodologi
Latihan bersemuka
Program Ini Sesuai Untuk Siapa?
Program ini sesuai diikuti oleh pegawai dan kakitangan kerajaan mahupun swasta yang ingin memperbaiki dan mengasah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu standard dengan lebih efektif di tempat kerja. Ini akan menjamin keoptimuman penyaluran maklumat terutama dalam situasisituasi formal
Modul
Modul 1 | Konsep Komunikasi |
Modul 2 | Pengucapan Awam |
Modul 3 | Konflik dan Penyelesaian Konflik |
Modul 4 | Etika dan Etiket dalam Komunikasi |
Modul 5 | Perundingan |
Modul 6 | Komunikasi dalam Perspektif Islam |
Butiran Program
Date | Time |
26 Jun 2023 |
8:30 AM – 12:00 PM 1:30 PM – 5:00 PM |
27 Jun 2023 |
8:30 am – 12:00 pm |
Your Investment
Package | Stakeholder | Non Stakeholder |
Normal Fee | $ 600.00 | $ 600.00 |
Download Brochure Here