On course for success

Komunikasi dan Penulisan yang Efektif

 

 

Dalam era globalisasi yang penuh dengan ketidakpastian dan persaingan, penguasaan komunikasi yang baik dan berkesan adalah aset yang penting bagi ketahanan dan perkembangan individu serta organisasi. Perkara ini lebih relevan dalam bidang keusahawanan / perniagaan yang mengehendaki semua urusan biasanya memerlukan proses komunikasi yang melibatkan pertukaran fakta, idea, pendapat atau emosi oleh dua atau lebih penutur.

Komunikasi yang baik dan berkesan ini melibatkan kedua-dua entiti, iaitu komunikasi lisan dan tulisan. Bagi mencapai objektif organisasi, komunikasi dua hala (baik lisan atau tulisan) yang baik dan berkesan diperlukan bagi menyalurkan pelbagai pendapat, perasaan, perancangan, arahan, laporan serta cadangan.

Semua ini diperlukan agar pemaparan makna dan idea akan lebih jelas dan berkesan. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, selain keperluan penggunaan bahasa yang berkesan, ketepatan terasul, gelaran, bintang-bintang kebesaran serta nama individu sangat penting dalam komunikasi lisan dan tulisan.

Untuk itu, individu perlulah meningkatkan mutu dan kualiti komunikasi agar segala urusan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan demi meningkatkan produktiviti organisasi. Oleh yang demikian, kursus ini akan memfokuskan kemahiran komunikasi yang berkesan baik lisan dan tulisan yang berlandaskan falsafah MIB dengan mengambil kira konteks global bidang keusahawanan / perniagaan tersebut.

 

Download Brochure here
Location Map
▲ Top