Onboarding: Kursus Pengendalian Panggilan Telefon Professional
Keseluruhan Program
Pelanggan-pelanggan adalah penting dalam memastikan kemampanan dankemajuan mana-mana perniagaan, syarikat atau organisasi. Pelanggan-pelanggan ini mempunyai hak untuk menerima tahap perkhidmatan pelanggan yang sangat baik di setiap saluran dengan perniagaan, syarikat atau organisasi.
Adalah penting bagi syarikat perniagaan dan organisasi ini untuk memastikan kakitangan mereka dilatih untuk berkhidmat, berurusan dan mengendalikan pemanggil dan pelanggan secara profesional dan cekap. Harapan pemanggil dan pelanggan adalah untuk setiap interaksi,permintaan, kebimbangan dan rasa tidak puas hati mereka dikendali kandengan cekap, berkesan, tepat pada masanya dan dengan cara yang profesional oleh kakitangan-kakitangan yang mewakili syarikat.
Program kursus selama 1 hari ini akan dapat membantu peserta-peserta program ini menjawab telefon dengan betul dan berurusan dengan setiap panggilan dengan lebih profesional mengikut protokol dan piawaian yang diperlukan untuk menjawab dan mengendalikan panggilan telefon. Programkursus ini juga akan menyediakan peserta-peserta dengan kemahiran danteknik yang diperlukan untuk meningkatkan pengendalian pemanggil danpelanggan melalui telefon.
Metodologi
Latihan bersemuka.
Program Ini Sesuai Untuk Siapa?
Program ini sesuai untuk peserta yang:
- Baru menceburi bidang pekerjaan;
- Berada dalam perkhdimatan pelanggan; dan
- Ingin meningkatkan kemahiran perkhdimatan pelanggan mereka.
Objektif Program
Di penghujung kursus pembelajaran ini, peserta-peserta akanmendapat manfaat seperti:
- Menghargai kepentingan menangani dan bertindak balas kepadapemanggil dan pelanggan dengan betul dan profesional;
- Mengiktiraf kemahiran dan kualiti utama yang diperlukan untuk berkhidmat dan mengendalikan pemanggil dan pelanggan secaraberkesan melalui telefon;
- Memahami dan menggunakan kaedah dan teknik menjawabdengan berkesan, memberi perkhidmatan dan mengendalikanpemanggil melalui telefon;
- Menghargai dan memahami kepentingan bersiap-sedia dalam mengendalikan panggilan masuk;
- Bertindak balas, menyaring panggilan dan menguruskan perbualan telefon dengan pemanggil dengan berkesan;
- Menggunakan teknik yang dipelajari, mengendalikan dan bertindak balas terhadap senario berkaitan dengan kerja dengan lebih yakin.
Modul
Modul 1 | Pengenalan kepada Khdimat Pelanggan dan Penjagaan Pelanggan |
Module 2 | Konsep Pengendalian Pemanggil |
Modul 3 | Etika Pengendalian Pemanggil Di Telefon |
Modul 4 | Kemahiran Pengendalian Pemanggil |
Modul 5 | Etika Telefon |
Modul 6 | Menguruskan Panggilan Masuk |
Modul 7 | Aplikasi Pembelajaran Keseluruhan |
Programme Delivery
Date | Time |
16 Oktober 2023 |
8:30 pagi – 12:00 tengahari 1:30 petang – 5:00 petang |
Your Investment
Package | Stakeholder | Non Stakeholder |
Normal Fee | $ 450.00 | $ 550.00 |
Download Brochure Here