Kemahiran Penulisan Bahasa Melayu
Keseluruhan Program
Lazimnya, penulisan selalu dikaitkan dengan penggunaan bahasa secara rasmi kerana ia merupakan sebuah pendokumentasian yang bolehdijadikan sebagai bahan rujukan jangka masa panjang. Oleh yang demikian, Program Kemahiran Penulisan Bahasa Melayu yang diadakan selama dua (2) hari ini bertujuan untuk memperbaiki mutu penulisan peserta dalam menggunakan Bahasa Melayu standard sebagai wahana penyaluran informasi dan idea sesuai dengan konteks formal. Justeru, dalam program ini para peserta akan diajarkan tentang konsep berbahasa dan mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan dalam penulisan mereka kerana tanpa kesedaran tersebut, tiada pembaikan akan berlaku. Di samping itu, beberapa latihan atau aktiviti akan diberikan bagi memperkasa pemahaman peserta selama program dijalankan.
Metodologi
Latihan Bersemuka
Program Ini Sesuai Untuk Siapa?
Program ini sesuai untuk pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta yang ingin meningkatkan mutu penulisan dalam Bahasa Melayu standard.
Modul
Modul 1 | Bahasa dan Komunikasi |
Modul 2 | Penanda Wacana |
Modul 3 | Laras Bahasa |
Modul 4 | Analisis Kesalahan Bahasa |
Modul 5 | Pemilihan Kata |
Modul 6 | Penulisan Terkawal |
Butiran Program
Tarikh | Masa |
2-3 Ogos 2023 | 8:30 am – 12:00 pm
1:30 pm – 5:00 pm |
Perlaburan Anda
Program | Pihak Berkepentingan | Bukan Pihak Berkepentingan |
Yuran | $700 (20% sbs) | $800 |
Download Brochure Here