Teknik Pengurusan Rekod & Fail Pejabat Yang Efektif
Pengenalan
Dalam konteks persaingan pasaran yang semakin kompetitif, adalah kritikal untuk membentuk pendekatan yang inovatif dan proaktif demi meningkatkan perkhidmatan organisasi sejurus dengan piawaian antarabangsa. Oleh itu, tiba masanya bagi kita untuk menilai serta melaksanakan kemajuan dalam sistem fail, rekod, dan pengurusan pejabat agar menjadi lebih efisien dan efektif.
Kursus ini akan membantu kakitangan pentadbiran untuk membangun kecekapan dan keyakinan di dalam kerja mereka agar dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pentadbiran organisasi. Peserta juga akan didedahkan kepada pelbagai maklumatdan tips efektif untuk menjadi pekerja yang berhemah tinggi.
Objektif
- Mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya amalan pengurusanrekod yang baik di pejabat masing-masing.
- Mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan rekod agensi masing-masing.
- Memperkukuhkan kefahaman tentang pengurusan rekod secara teori dan praktikal, yang memungkinkan pelaksanaan dan tanggungjawab terhadap rekod di agensi masing-masing menjadi lebih efektif.
- Mempertingkatkan lagi kemahiran memproses rekod-rekod khususnya dalam mengendalikan rekod-rekod di peringkat penyusunan, penyimpanan,penjagaan dan pelupusan.
- Memperbaiki dan mempercepatkan proses pengesanan serta pengurangan waktu yang diperlukan untuk mendapatkan rekod/maklumat, sehingga memungkinkan penyediaan maklumat dengan cepat dan tepat.
- Meningkatkan kecekapan dan imej agensi masing-masing.
Sasaran Perserta
- Pegawai tadbir
- Pembantu tadbir
- Pembantu peribadi
- Setiausaha
- Kerani
- Staf sokongan
- Penyelia dan kerani fail
Metodologi
Kursus ini akan mengunakan pendekatan berbentuk “belajar melalui pengalaman” (experiential learning), termasuk: kuliah interaktif, pembincangan dan aktiviti berkumpulan, permainan peranan serta kajian kes.
Programme Dates
Date | Time |
19 – 20 Aug 2024 | 8:30 am – 12:00 pm 1:30 pm – 5:00 pm |
Your Investment
Package | Stakeholder | Non Stakeholder |
Normal Price | $ 900 | $ 1,000 |
Download Brochure Here
Bookings
Bookings are closed for this event.